Anda di sini

‘Granite Effect Spray Coating’ akan dilancar bulan depan

Advertisement
 Epoxy Flake Coating untuk tandas.
TREND MASA KINI: Epoxy Flake Coating untuk tandas.

KUCHING: E.N Multi Coat Construction memperkenalkan produk terbaharu ‘Granite Effect Spray Coating’ bagi sektor industri dan binaan yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.

Trend tersebut kini menjadi trend terbaharu kerana ia seolah-olah menggantikan lukisan dinding sama ada di kediaman ataupun pusat komersil.

Granite Effect Spray Coating mudah untuk dijaga serta mampu bertahan selama bertahun-tahun berbanding lukisan untuk hiasan dinding dalaman dan luar rumah.

Bagaimanapun, ia hanya ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih sahaja.

Syarikat berkenaan mempunyai cawangan di 16 tempat termasuk satu masing-masing di Singapura dan Brunei sejak mulai ditubuhkan pada 2010

Pihaknya juga mempunyai kepakaran membuat salutan kalis air dan menghindarkan permukaan yang licin mengikut pilihan Epoxy Flake Coating.

Keseluruhan proses kerja memakan masa di antara empat sehingga enam jam dan tidak menyebabkan licin, berlumut, tidak perlu mengetuk, kalis air dan mempunyai jaminan tiga tahun selepas pemasangan.

 Epoxy Flake Coating untuk kolam ikan.
JAMINAN TIGA TAHUN: Epoxy Flake Coating untuk kolam ikan.

Epoxy Flake Coating merupakan proses yang menggunakan lapisan tambahan untuk permukaan yang sedia ada seperti jubin konkrit, kayu atau logam.  

Bayaran akan dikenakan mengikut keluasan ruangan standard dan mengikut pemilihan satu atau warna beranggaran RM780 sehingga RM950 sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Vicklyn Han di 014-7738389 atau datang terus ke Tingkat Bawah, Sublot 5, Lot68-71 Seksyen 22 KTLD, Jalan Green di sini.

  • oleh
  • Advertisement