Anda di sini

Kempen kesedaran pemeliharaan tenggiling di Sabah perlu diperkasa

Advertisement
 Christina meninjau Pameran Hidupan Liar Terlindung yang diadakan pada majlis berkenaan.
TINJAU: Christina meninjau Pameran Hidupan Liar Terlindung yang diadakan pada majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Langkah mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara spesies tenggiling dalam negeri ini perlu diterus diperkasakan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, usaha itu diperlukan bagi mengelakkan haiwan berkenaan pupus di masa hadapan.

"Tenggiling antara spesies yang sering diburu oleh pemburu haram. Permintaan yang tinggi terhadap daging tenggiling di Asia juga antara sebab hidupan itu menjadi buruan.

“Jika dilihat pada 2017, lapan tan tenggiling yang cuba diseludup ke China berjaya dirampas oleh Jabatan Kastam. Ia melibatkan kira-kira 16,000 ekor tenggiling.

“Pada tahun lalu, 30 tan bahagian badan dan daging tenggiling serta tenggiling hidup berjaya dirampas Jabatan Hidupan Liar dan ia membabitkan kerugian kira-kira RM8.4 juta,” katanya semasa berucap sempena Majlis Perasmian Program ‘KeTAMU 4 Pangolin’ sempena Hari Tenggiling Sedunia, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, sempena sambutan Hari Tenggiling Sedunia, langkah meningkatkan kesedaran orang awam agar tidak melakukan pemburuan haram perlu dibuat secara berterusan.

Chrstina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, dalam program itu, jualan lelong turut diadakan bagi mengumpul dana sehingga RM30,000 untuk meneruskan usaha memelihara spesies tenggiling di Sabah.

Sementara itu, beliau akan berbincang dengan pegawainya bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan kehadiran pengunjung di Laman Seni, Wisma Budaya itu.

Ia kerana pada hari biasa, kawasan laman seni itu agak sunyi tanpa kehadiran pengunjung.

“Selepas isu COVID-19 selesai, kita harap pelancong akan mula datang dan berkunjung ke sini.

“Kita akan bincangkan langkah yang boleh diambil dan saya akan berbincang dengan pegawai berkaitan,” katanya.



 

  • oleh
  • Advertisement