Anda di sini

Balairaya Kg. Tanjung Aru Baru terima sumbangan pendingin hawa dan kipas angin

Advertisement
 Roland (tiga kanan) merakamkan kenangan bersama (dari kiri ke kanan) Zaini, Dahlan, Jemin, Ramlan dan Tony selepas menyerahkan sumbangan pendingin hawa dan kipas angin sumbangan Awang Husaini di majlis itu.
SERAH: Roland (tiga kanan) merakamkan kenangan bersama (dari kiri ke kanan) Zaini, Dahlan, Jemin, Ramlan dan Tony selepas menyerahkan sumbangan pendingin hawa dan kipas angin sumbangan Awang Husaini di majlis itu.

KOTA KINABALU: Balairaya Kampung Tanjung Aru Baru pada hari Jumaat lalu telah menerima sumbangan berupa 1 unit pedingin hawa (2hp) dan 4 buah kipas bagi kegunaan masyarakat di kampung berkenaan daripada Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Datuk Haji Sahari.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Putatan Roland Belimbin kepada Ketua Kampung Tanjung Aru Baru Jemin Minin di balairaya berkenaan.

Turut hadir sempena penyerahan itu ialah Pegawai Khidmat Masyarakat (PKM) Tanjung Aru Zaini Masrah; SU MPKK Kg. Tg. Aru Baru Dahlan Jasry, Ramlan Ahmad dan Tony Biki daripada Pejabat Parlimen Putatan.

Sementara itu Ketua Kampung Tanjung Aru Baru Jemin Minin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan.

Katanya, sumbangan ini sedikit sebanyak akan memberikan keselesaan kepada penduduk kampung keseluruhannya.

 Zaini (kir) dan Dahlan menunjukkan isyarat 'bagus' semasa menyaksikan kerja-kerja pemasangan kendingin hawa di balairaya berkenaan.
TERBAIK: Zaini (kir) dan Dahlan menunjukkan isyarat 'bagus' semasa menyaksikan kerja-kerja pemasangan kendingin hawa di balairaya berkenaan.

Katanya, balairaya berkenaan juga merupakan Pusat Khidmat Masyarakat jabatan dan badan-badan seperti MPKK, DBKK, PDRM APMM, KRT, Rela AADK, Kemas, Bomba Sukarela dan Kesihatan untuk menjaga kebajikan, kesejahteraan dan kelestrian seluruh warga Kampung Tanjung Aru Baru dan sekitarnya.

Dalam pada itu, Jemin yang turut mewakili MPKK dan seluruh penduduk Kg. Tanjung Aru Baru mengucapkan ribuan terima kasih kepada Awang Husaini yang telah meluluskan 10 projek untuk membaikpulih prasarana di kampung berkenaan termasuk membaikpulih balairaya yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

"Kami berharap semoga segala usaha dan bakti murni beliau (Awang Husaini) akan sentiasa diberkati, dirahmati dan dipermudahkan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement