Anda di sini

Tiga warga asing tanpa pengenalan diri ditahan

Advertisement
 Kesemua suspek ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Semporna untuk tindakan lanjut.
TANGKAPAN: Kesemua suspek ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Semporna untuk tindakan lanjut.

 

SEMPORNA: Tiga warga asing disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah ditahan pasukan Maritim Malaysia di kawasan perairan Menampilik, di sini kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata tangkapan dilakukan ketika anggota Maritim menjalankan rondaan rutin dan pemantauan di sekitar kawasan tanggungjawab pada  jam 1 petang.

"Anggota kita berjaya mengesan sebuah bot fiber berwarna putih tiada nombor pendaftaran berada di kawasan  terbabit," katanya dalam kenyataan media, di sini.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga orang lingkungan umur 25 hingga 32 tahun dalam bot berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen diri dan juragan bot tersebut juga gagal mengemukakan lesen bot sah," katanya.

Siva berkata suspek serta bot tersebut ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Semporna untuk siasatan  lanjut.

Kes disiasat mengikut  Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana gagal mempamerkan lesen bot sah.

  • oleh
  • Advertisement