Anda di sini

Hampir 200 sertai Program Minggu Sukan Sabah Mesir (MSSM) 2020

Advertisement
 Gambar kenangan bersama mahasiswa Sabah Mesir.
BERSAMA MAHASISWA: Gambar kenangan bersama mahasiswa Sabah Mesir.

KAHERAH, (Mesir): Biro Sukan dan Kebudayaan (BSuK),Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) sesi 2019/2020 dengan kerjasama Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) beru-baru ini telah menganjurkan Program Minggu Sukan Sabah Mesir (MSSM) 2020 yang berlangsung selama 6 hari bertempat di beberapa pusat sukan dan riadah di sekitar Kaherah.

Penyertaan mahasiswa Sabah Mesir pada acara ini dianggarkan hampir 200 orang, mewakili 3 daerah utama telah bersama-sama memeriahkan lagi minggu sukan pada kali ini.

Program ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat kesukanan dalam diri mahasiswa, seterusnya mengeratkan hubungan baik dalam kalangan mahasiswa.

Dengan tema 'Challenge Yourself to be Great', program MSSM 2020 ini disertai sebanyak empat buah pasukan iaitu pasukan Gryffindor (Merah), Ravenclaw (Biru), Slytherine (Hijau), dan Hufflepuff (Kuning).  

Beberapa acara telah dipertandingkan antaranya, ping pong, badminton, bola tampar, futsal, bola jaring, boling, dan bola sepak.

Turut diadakan adalah acara olahraga dan indoor games di mana acara ini merupakan acara baharu diperkenalkan pada program kali ini.

Acara olahraga melibatkan pertandingan balapan dan lompat jauh, manakala acara indoor games melibatkan permainan Sahibba, Saidina, Catur, Congkak, Scrabble dan Dart.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi telah berlangsung selama lima hari di Dewan WYSK.

Program ini diakhiri dengan Majlis Penutupan dan Perasmian MSSM 2020 oleh Mohd Safuan Mohammad, selaku pengarah program merangkap Ketua BSuK sesi 2019/2020.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua mahasiswa Sabah Mesir yang turut menyertai dan memberi respon positif sepanjang program itu berlangsung.

Katanya, penganjuran MSSM 2020 bertujuan untuk mengukuhkan potensi mahasiswa dalam semua aspek terutama mental, emosi, fizikal, dan rohani.

Turut berucap ialah Ustaz Hafiz Datuk Dr. Hamzah Al-Hafiz, Pegawai Kanan WYSK merangkap Atase Pendidikan Negeri Sabah Mesir.

 Gambar kenangan bersama mahasiswi Sabah Mesir.
BERSAMA MAHASISWI: Gambar kenangan bersama mahasiswi Sabah Mesir.

 

    
   

Advertisement