Anda di sini

Hadiah lumayan untuk pukulan selubang Kejohanan Golf SGCC

Advertisement
 (Dari kanan) Christopher, Raymund, Nash, Anthony, Thomas, Khalilulrahman dan Sally menunjukkan poster hadiah dan kejohanan semasa sidang media di SGCC, Bukit Padang kelmarin.
LUMAYAN: (Dari kanan) Christopher, Raymund, Nash, Anthony, Thomas, Khalilulrahman dan Sally menunjukkan poster hadiah dan kejohanan semasa sidang media di SGCC, Bukit Padang kelmarin.

KOTA KINABALU: Kejohanan Golf Terbuka Amatur Sabah Golf & Country Club (SGCC) Primaland Ke-32 dan edisi keenam Terbuka Senior SGCC pada 6-8 Mac depan menawarkan hadiah lumayan.

Hadiah lumayan kejohanan yang akan berlangsung di SGCC itu termasuklah wang tunai RM30,000  tajaan CP Risk Management Sdn Bhd untuk pukulan selubang di lubang 5 dan 17serta sebuah kereta Proton Iriz tajaan Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd di lubang 8.

Turut disediakan adalah satu unit McWel 16S Gen Set bernilai RM20,000 tajaan JPN Industrial Pte Ltd serta empat tong minyak pelincir SAE4D bernilai RM6,000 untuk pukulan selubang di lubang 5, 8, 12 dan 17.

"Hadiah-hadiah lumayan untuk pukulan selubang ini adalah untuk kedua-dua kejohanan," kata pengerusi penganjur yang juga Presiden SGCC, Nash Hon dalam sidang media di SGCC, Bukit Padang dekat sini kelmarin.

Nash berkata, kejohanan itu diiktiraf Persatuan Golf Malaysia serta Persatuan Golf Sabah (SGA) dan penyertaannya sudah dibuka.

"Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Februari dan kami menjangkakan akan menerima sekitar 180 penyertaan," kata Nash.

Dikatakan bahawa penyandang juara kedua-dua kejohanan tahun lalu iaitu Alexander Lau (Terbuka Amatur lelaki), Tham Soot Yuet (Terbuka Amatur wanita), Peter Tan (Terbuka Senior lelaki) dan Rokia Yusof (Terbuka Senior wanita) akan mempertahankan gelaran juara masing-masing.

Antara pemain tempatan dijangka akan turut mencuri tumpuan yang telah mengesahkan penyertaan ialah Casper Loh, Derrick Kong, Timothy Lo Thien Ming dan Maxwin Chiew dalam di Terbuka Amatur dan Ng Loong Fah, Desmond Jong dan Ian Quek di Terbuka Senior.

Saingan dijangka akan turut dihadirkan pemain berpengalaman dari Sarawak, Lee Kah Tung yang akan bertanding dalam Terbuka Amatur.

"Terbuka Amatur dijadualkan berlagsung pada 6-8 Mac manakala Terbuka Senior pada 6-7 Mac," kata Nash sambil berterima kasih kepada penaja-penaja kejohanan.

Turut bersama dalam sidang media ialah Pengerusi Fook Loi, Anthony Chiu; Pengarah Eksekutif Fook Loi, Thomas Chiu; Kapten SGCC merangkap Pengarah Pertandingan, Christopher Liaw; Setiausaha SGCC merangkap Setiausaha Pertandingan, Datu Khalilulrahman; Bendahari SGCC merangkap Bendahari Pertandingan, Raymund Tan dan Jawatankuasa Kapten, Sally Chai.

Untuk keterangan lanjut dan urusan pendaftaran penyertaan diminta menghubungi SGCC atau Nordin (088-247533).


 

  • oleh
  • Advertisement