Anda di sini

Lelaki maut motosikal terbabas

Advertisement
 Keadaan mangsa dan motosikal yang terbabas di lokasi kejadian.
MAUT: Keadaan mangsa dan motosikal yang terbabas di lokasi kejadian.

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas sendiri di Kampung Taburi Jalan Lahad Datu - Tungku, di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kejadian berlaku di satu selekoh tajam pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, mangsa Abdul Hamid Mohd, 55, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat melanggar tiang elektrik dan terbabas ke dalam parit.

Katanya, ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari Ladang Atlas Satu menuju ke simpang Taburi.

"Mangsa dipercayai telah hilang kawalan apabila melalui satu selekoh tajam yang mengakibatkan motosikal mangsa melanggar tiang elektrik.

"Mangsa bersama motosikalnya kemudian terbabas di bahu jalan dan masuk ke dalam parit," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Hasil siasatan, mangsa tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Mangsa juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan lesen memandu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement