Anda di sini

COVID-19: Sarawak rekod empat kes baharu pesakit disyaki  

Advertisement
Gambar fail
Penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching memakai penutup mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga terhadap COVID-19, baru-baru ini. - Gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Sarawak merekodkan empat kes baharu pesakit disyaki (PUI) bagi COVID-19 hari ini. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata dua daripada kes baharu ini dilaporkan di Hospital Miri, dan manakala Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Sibu masing-masing merekodkan satu kes.

Dengan empat kes baharu ini, Sarawak ini mempunyai 80 kes PUI terkumpul sejak 10 Januari hingga hari ini. 

Katanya, majoriti atau 59 kes daripada keseluruhan kes adalah warga Malaysia, 18 warganegara China sementara warganegara Thailand, Indonesia dan Kanada masing-masing seorang.

Bagaimanapun katanya, 64 kes diuji negatif dengan 16 lagi kes masih menunggu keputusan daripada ujian makmal. 

Kesemua 16 kes yang masih menunggu keputusan ujian melibatkan 13 warganegara Malaysia (tujuh di HUS, lima di Miri dan seorang di Sibu) dan tiga warganegara China (dua di HUS dan seorang di Miri), katanya lagi.

“Setakat jam 12 tengah hari Rabu, Jabatan Kesihatan telah mengimbas 5,095 kedatangan di pelbagai lapangan terbang, pintu masuk darat dan laut. 

“Jabatan Kesihatan sekali lagi menasihatkan mereka yang jatuh sakit (demam, batuk dan sukar bernafas) dalam tempoh 14 hari sekembali dari China untuk mendapatkan rawatan segera. 

“Mereka juga perlu memaklumkan doktor yang merawat mereka mengenai sejarah perjalanan mereka,” katanya. 

Selain itu, semua doktor perlu melaporkan sebarang kes disyaki kepada Jabatan Kesihatan terdekat menggunakan borang  notifikasi atau e-mel kepada cprc_sarawak.gov.my atau hubungi 082-443248. 
 

Advertisement