Anda di sini

Seorang murid kelas pendidikan khas, SK Petra Jaya dikuarantin di rumah sebagai langkah pencegahan dan pemantauan kesihatan

Advertisement
 

KUCHING: Seorang murid kelas Program Pendidikan Khas Inklusif (PPKI), Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya di sini diarah menjalani kuarantin di rumah selama dua hari bermula hari ini, sebagai langkah awal pencegahan dan pemantauan kesihatan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Dr Azhar Ahmad berkata arahan kuarantin itu dikeluarkan selepas ahli keluarga seorang murid kelas ini demam sekembali dari Singapura.

Tempoh kuarantin itu juga menurutnya, bergantung dengan nasihat Jabatan Kesihatan dan situasi semasa.

“Kita menerima maklumat mengenainya malam tadi dan meminta Jabatan Kesihatan agar murid tersebut di kuarantin di rumah. Kita juga memutuskan semua murid kelas yang sama dikuarantin di rumah dalam sehari dua ini bergantung kepada keadaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo Online, hari ini.

Susulan perkara ini, Dr Azhar turut meminta pihak sekolah dan ibu bapa memantau kesihatan anak-anak dan semua murid. 

Setakat ini, Sarawak masih bebas COVID-19.

  • oleh
  • Advertisement