Anda di sini

CCTV dedah pergerakan askar mengamuk

Advertisement
 Keranda anggota pasukan SWAT Trakool Tha-arsa (depan) dan Petcharat Kamjadpai yang terbunuh dalam drama berbalas tembakan dengan penyerang terbabit di Terminal 21, dihantar ke pangkalan tentera udara di Nakhon Ratchasima, semalam. — Gambar AFP
TERKORBAN: Keranda anggota pasukan SWAT Trakool Tha-arsa (depan) dan Petcharat Kamjadpai yang terbunuh dalam drama berbalas tembakan dengan penyerang terbabit di Terminal 21, dihantar ke pangkalan tentera udara di Nakhon Ratchasima, semalam. — Gambar AFP

NAKHON RATCHASIMA: Di sebuah tandas di tingkat empat dalam pusat beli-belah Terminal 21 di Thailand, orang ramai menghadang pintu untuk mengelak seorang anggota tentera yang mengamuk sambil mengesan pergerakannya melalui fragmen CCTV yang dihantar rakan-rakan di luar.

Bersembunyi dalam tandas wanita bersama beberapa orang lagi, Chanathip Somsakul, 33, seorang guru muzik dan isterinya, melihat melalui media sosial dan membuat panggilan kecemasan kepada rakan dan keluarga.

Anak perempuan mereka Chopin duduk dalam keadaan berjaga-jaga di atas belebas, penonton berusia tiga tahun satu pembunuhan beramai-ramai yang tidak pernah dijangkakan.

Nakhon Ratchasima, bandar bersaiz sederhana seperti sebahagian besar wilayah timur laut Isaan yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dan rangkaian media sosial, segera berkumpul untuk mengetahui tentang orang lain yang terperangkap di dalam.

“Seorang rakan yang bekerja di pusat beli-belah itu bercakap dengan seorang lelaki di dalam bilik kawalan CCTV dan beliau memberikan kami pergerakan penyerang tersebut,” Chanathip memberitahu AFP kelmarin.

Maklumat tersebut yang dikongsikan melalui aplikasi pesanan ringkas, mungkin telah menyelamatkan nyawa Chanathip, keluarganya dan kira-kira 20 hingga 30 orang lain yang terselamat dalam tragedi itu.

Ketika putaran maklumat bersaing, ketakutan menyelubungi mereka yang bersembunyi di dalam almari, bilik stor dan tandas di sekitar pusat beli-belah yang besar itu.

“Semua orang ketakutan dan berasa kehilangan.

“Terdapat begitu banyak maklumat yang dihantar sehinggakan orang tidak pasti yang mana harus dipercayai,” tambah Chanathip.

Selama beberapa jam, seorang pembunuh menghendap dataran, tingkap kaca pada pusat beli-belah itu dipenuhi dengan lubang kesan tembakan.

Penyerang tersebut, seorang anggota tentera yang tertekan susulan pertengkaran mengenai penjualan sebuah rumah, membunuh beberapa orang sepanjang jalan ke pusat beli-belah itu.

Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma berlegar-legar di dalam pusat beli-belah, menyandang selaras mesingan dan memakai helmet serta pakaian perang, dalam paparan penuh kamera CCTV.

Pada hujung tindakannya, sekurang-kurang 30 orang telah terkorban termasuk dirinya sendiri.

Ramai lagi yang tercedera, beberapa orang dalam keadaan kritikal.

Kebimbangan muncul tiba-tiba di tempat persembunyian Chanathip apabila seseorang mengetuk kuat pintu tandas.

“Saya menyangka penyerang tersebut. Seorang wanita menanyakan ’siapa tu’ namun tiada sebarang jawapan.

“Beliau ingin membuka pintu namun kami semua meyakinkan beliau agar tidak berbuat sedemikian.”

Chanathip  baharu selesai mengajar muzik dan seperti ratusan orang lain, sedang makan di pusat beli-belah itu bersama keluarganya ketika serangan itu bermula.

Keluarganya berlindung di dalam tandas wanita.

Beberapa lelaki menarik pintu tandas dan menahan pintu masuk dengan badan mereka.

Pada jam 9 malam Sabtu lepas mereka menerima maklumat daripada pihak polis bahawa mereka boleh keluar, namun bunyi tembakan kedengaran ketika mereka sampai ke kawasan letark kereta, menyebabkan mereka lari bertempiaran.

Di dalam, ramai masih lagi masih terperangkap, bersembunyi dalam tandas gim, di bawah meja restoran dan di dalam bilik stor, mengumpulkan maklumat mengenai lokasi penyerang itu.

Dari dalam bilik stok H&M, Aldrin Baliquing, 40-an, seorang guru dari Filipina, bermeditasi untuk menenangkan diri.

Ketika pihak polis mengalihkan kereta yang penuh dengan kesan tembakan dan kesan darah merah pekat di atas jalan raya yang telah kering dalam keadaan cuaca panas Thai, mangsa terselamat cuba untuk mengingati semula kejadian ngeri malam itu.

“Semuanya berlaku dengan pantas sekali,” Lapasrada Khumpeepong, 13, memberitahu AFP semasa upacara berdoa kelmarin bagi mangsa yang terkorban dan tercedera.

Beliau dan ibunya terperangkap di dalam tandas di tingkat bawah Terminal 21, bersembunyi selama lima jam selepas melarikan diri daripada bunyi tembakan .

“Terima kasih kepada mereka yang telah mengorbankan diri mereka sendiri bagi memastikan orang lain terus hidup,” tulis beliau pada papan ucapan takziah ketika upacara berdoa.

“Tanpa anda,kami tidak akan berada di sini hari ini.” — AFP

Advertisement