Anda di sini

Taib terima dua kunjungan hormat

Advertisement
Taib merakam gambar kenangan bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi RSS dan Guru-Guru Silat Wilayah Kuching .
Taib merakam gambar kenangan bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi RSS dan Guru-Guru Silat Wilayah Kuching.


KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima dua kunjungan hormat daripada rombongan Rumpun Silat Sarawak (RSS) diketuai oleh Presidennya, Muhamad Haneef Ali dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ramli Din di Demak Jaya, Petra Jaya, hari ini.

Menurut satu kenyataan akhbar, kunjungan daripada rombongan RSS bersama dengan Ahli Majlis Kerja Tertinggi RSS dan Guru-Guru Silat Wilayah Kuching adalah bertujuan untuk memperkenalkan jawatankuasa baru RSS.

Pada masa yang sama, Taib dimaklumkan beberapa program bakal berlangsung seperti Perhimpunan Guru-Guru Silat Seluruh Sarawak yang dijangka berlangsung pada 13 Mac ini dan Sarawak sebagai tuan rumah Kejohanan Silat Sedunia pada 22 Julai 2020.

Taib menerima cenderamata daripada Ramli.
Taib menerima cenderamata daripada Ramli.

Manakala kunjungan Ramli adalah untuk memaklumkan pertukaran beliau ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman setelah genap tiga bulan bertugas di Sarawak.

Tugas beliau akan diambil alih oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu, Datuk Aidi Ismail yang sebelum ini merupakan Ketua Polis Terengganu.

Majlis serah dan terima tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak akan diadakan pada 18 Febuari ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Advertisement