Anda di sini

Sambutan Hari Tentera Darat di Sabah bukti keprihatinan terhadap keselamatan Sabah

Advertisement
 Zamrose (dua kanan) dan rombongannya merakamkan gambar kenangan bersama Shafie semasa melakukan kunjungan hormat di PPNS semalam.
KENANGAN: Zamrose (dua kanan) dan rombongannya merakamkan gambar kenangan bersama Shafie semasa melakukan kunjungan hormat di PPNS semalam.

 

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Tentera Darat ke-87 yang disambut di Sabah tahun ini menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap isu keselamatan di Sabah.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Datuk Zamrose Mohd Zain berkata pemilihan Sabah ini adalah berdasarkan perubahan konsep pertahanan antara Wilayah Satu dan Wilayah Dua.

“Sebelum ini konsep pertahanan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung saling bantu membantu antara satu sama lain dan kini kita memilih Wilayah Satu bagi Semenanjung dan Wilayah Dua bagi Sabah serta Sarawak akan dipertahankan mengikut wilayah masing-masing.

“Inisiatif Kertas Putih Pertahanan yang diluluskan di Parlimen pada awal Disember 2019 menfokuskan untuk menambahkan aset dan kemanusian wilayah ini.

“Kita juga prihatin terhadap keselamatan Sabah dengan mempamerkan aset kepada orang ramai sepanjang sambutan Hari Tentera Darat kepada orang awam khusus untuk negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Kohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini.

Semasa kunjungan terbabit Zamrose berkata pihaknya mendedahkan perihal sambutan penutupan Hari Tentera Darat bertemakan Tentera Darat Bersama Rakyat Sedia Sebilang Masa di Stadium Likas pada 29 Februari depan.

“Sebelum ini kita sudah menerbangkan Konvoi Battle Group dari Tawau dan akan melakukan pameran serta pelbagai pertunjukan di tujuh daerah dan akan berakhir di sini pada penghujung bulan ini.

“Sepanjang konvoi terbabit Tentera Darat melakukan kerjasama yang pelbagai dengan rakyat termasuk pelaksanaan Program Jiwa Murni, serta pendedahan berkenaan peranan aset ketenteraan yang kita miliki untuk membantu dalam pertahanan Sabah,” katanya.

Tambahnya pada penutupan Hari Tentera Darat itu nanti pelbagai acara yang disediakan pada 29 Februari depan termasuklah persembahan Tatu Tentera Darat serta Perutusan Panglima Tentera Darat.

Dalam pada itu beliau berkata pihaknya akan melakukan Latihan Kuasa Tembakan di Kota Belud pada 15 Februari depan bagi menguji aset tembakan secara langsung dan tidak langsung.

 

  • oleh
  • Advertisement