Anda di sini

Tiga individu cedera ditembak di Pulau Gaya

Advertisement
 Pasukan polis semasa melakukan kawalan bagi memburu suspek yang melepaskan tembakan di Pulau Gaya sehingga mencederakan tiga individu.
BURU: Pasukan polis semasa melakukan kawalan bagi memburu suspek yang melepaskan tembakan di Pulau Gaya sehingga mencederakan tiga individu.

KOTA KINABALU: Tiga individu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selepas terkena tembakan rambang dilepaskan seorang lelaki di jeti Kampung Lok Urai Pulau Gaya, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dua mangsa masing-masing berumur 36 dan 10 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian lutut kanan dan perut manakala seorang lagi mangsa berumur 7 tahun mengalami kecederaan kecil di bahagian kaki selepas terkena tembakan berkenaan kira-kira jam 7 malam.

"Kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan selepas dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) sejurus selepas kejadian dan mangsa berada dalam keadaan stabil," katanya.

Bercakap lanjut berkenaan kejadian itu, Habibi berkata pihaknya sudah menjalankan kawalan ketat dengan mengepung lokasi persembunyian suspek yang sudah dikenal pasti di sekitar Pulau Gaya.

Sepasukan polis termasuk pasukan elit digerakkan ke sana sejak berlakunya kejadian, bagi mengawal laluan keluar dan mengelakkan suspek melarikan diri.

"Suspek yang bersenjata itu turut dipercayai melarikan enjin serta bot nelayan di kawasan perairan Kinarut dan Meruntum sebelum berlakunya kejadian," katanya.



 

  • oleh
  • Advertisement