Anda di sini

Polis selesai lapan kes jenayah, 45 individu ditahan

Advertisement
 Azhar bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Abdul Fuad Abdul Malek dan Ketua JSJ Daerah Sandakan DSP Che Rafizi Che Ramli serta pegawai kanan menunjukkan barang-barang yang berjaya dirampas.
BARANG CURI: Azhar bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Abdul Fuad Abdul Malek dan Ketua JSJ Daerah Sandakan DSP Che Rafizi Che Ramli serta pegawai kanan menunjukkan barang-barang yang berjaya dirampas.

SANDAKAN: Polis Sandakan berjaya menyelesaikan lapan kes jenayah pecah rumah, masjid dan kedai dobi serta curi harta benda selepas tertangkapnya 45 individu di sekitar daerah ini sejak Januari hingga awal Februari.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Azhar Mohd Hamin berkata, kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada 33 warga tempatan dan 12 warga asing berumur 18 hingga 53 tahun.

"Ujian air kencing memdapati 17 orang daripada mereka positif dadah jenis Methampetamine atau syabu," katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau berkata pihaknya berjaya merampas pelbagai barangan seperti 30 unit barangan dan sebuah kereta digunakan untuk kegiatan jenayah.

"Jumlah keseluruhan kerugian bagi lapan kes jenayah yang dilaporkan adalah RM1,776,000.00," katanya.

Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan berjaya merampas semula barangan dianggarkan bernilai RM400,000.

Dalam pada itu, Azhar berkata kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama pihak masyarakat awam dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Beliau berkata pihaknya akan terus membasmi jenayah secara proaktif khususnya untuk menjaga kepentingan masyarakat.


 

  • oleh
  • Advertisement