Anda di sini

Alacer tinggalkan Dortmund untuk kembali ke Sepanyol dengan menyertai Villareal

Advertisement
ALACER
ALACER

BERLIN: Paco Alcacer pada Khamis menjadi mangsa permulaan menakjubkan oleh Erling Braut Haaland di Borussia Dortmund apabila penyerang Sepanyol itu meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai Villarreal, kelab Jerman itu mengesahkan.

Alcacer, 26 tahun, dilaporkan dibeli oleh kelab liga Sepanyol itu dengan harga 30 juta euro (RM144 juta), etrmasuk bayaran bonus, selepas dia menandatangani kontrak sehingga 2025 untuk kembali ke Sepanyol selepas hanya 18 bulan sahaja di Jerman.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Paco Alcacer kerana prestasinya dalam jersi Dortmund dan mendoakannya kesihatan yang baik dan kejayaan sukan yang maksimum pada masa depan,” kata pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc.

Penyerang yang cenderung mengalami kecederaan itu menyertai Dortmund sebagai pemain pinjaman dari Barcelona pada Ogos 2018 dan bermula dengan langkah kanan dengan tujuh jaringan dalam empat perlawanan pertamanya.

Perpindahannya ditetapkan pada Februari tahun lepas apabila kelab Jerman itu membayar 23 juta euro (RM110 juta) untuknya, tetapi sejak itu prestasinya merudum dan dia telah diganggu oleh kecederaan.

Prospeknya untuk mengekalkan tempat permulaan menurun selepas Haaland, pemain cemerlang dari Norway berusia 19 tahun, menjaringkan lima gol dalam dua perlawanan pertamanya sejak dia menyertai kelab itu pada bulan lepas dari Salzburg dengan harga 20 juta euro (RM96 juta).

Perpindahan Alcacer bermakna wang ada serta-merta untuk menandatangani Emre Can dari Juventus.

Dengan jendela perpindahan ditutup semalam, Dortmund cuba menguatkan bahagian tengah mereka dengan menandatangani pemain tengah Jerman itu sebagai ‘cover’ untuk pemain tengah Denmark yang cedera, Thomas Delaney.

Majalah Jerman Kicker meramalkan perpindahan Can dijangka bernilai sekitar 23 juta euro ke Juventus.

Haaland berkata dia menerima peranannya sekarang sebagai pemain gantian, “apabila saya duduk di bangku pemain simpanan, saya hanya lebih bermotivasi untuk bermain dengan cemerlang”. — AFP

Advertisement