Anda di sini

Lelaki warga Filipina maut dilanggar di Jalan Coastal

Advertisement
 Mangsa yang maut diperiksa pasukan perubatan di Jalan Coastal di sini.
MAUT: Mangsa yang maut diperiksa pasukan perubatan di Jalan Coastal di sini.

KOTA KINABALU: Seorang nelayan lelaki warga Filipina maut dilanggar kereta semasa melintas di Jalan Coastal Sinsuran di sini.

Mangsa, Alexxander Tayros Suminggit, 56 disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian jam 9.15 malam itu berlaku apabila seorang pemandu kereta pelbagai guna berumur 28 tahun dalam perjalanan dari arah Sinsuran menuju ke Inanam.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kenderaan yang berada di lorong sebelah kiri dipercayai terlanggar mangsa yang secara tiba-tiba melintas jalan dari arah kanan jalan.

"Mangsa yang baru selesai makan di sebuah restoran berhampiran kemudiannya terbaring di atas jalan sebelum disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala," katanya.

Menurutnya hasil siasatan mendapati kemalangan disebabkan oleh kecuaian mangsa yang melintas jalan di laluan yang tidak dibenarkan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement