Anda di sini

Swinburne meterai MoA bersama Project and Programme Matters Sdn Bhd

Advertisement
 Profesor Wong (tengah) menukar dokumen MoA dengan Fong sambil disaksikan oleh Profesor Wilson (dua kiri) dan tetamu lain.
PERKONGSIAN: Profesor Wong (tengah) menukar dokumen MoA dengan Fong sambil disaksikan oleh Profesor Wilson (dua kiri) dan tetamu lain.

KUCHING: Universiti Teknologi Swinburne (Swinburne) Kampus Sarawak memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Project and Programme Matters Sdn Bhd (PPM) bagi meneroka teknologi Model Maklumat Bangunan (BIM) yang terbukti di peringkat global.

Menandatangani memorandum itu bagi pihak Swinburne ialah Ketua Pegawai Eksekutif  Swinburne Innovation Malaysia Sdn Bhd (SWIM) Profesor Wallace Wong Shung Hui manakala PPM diwakili Pengarah Urusannya, Raymond Fung.

Turut hadir pada majlis menandatangani itu baru-baru ini adalah Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne, Profesor John Wilson dan wakil lain dari kedua-dua organisasi terbabit.

Perkongsian itu adalah sebahagian daripada usaha Swinburne dalam menyokong digitalisasi industri pembinaan Malaysia memandangkan pusat pengajian itu yakin penggunaan BIM sebagai teknik akan meningkatkan penyampaian projek melalui penggunaan sumber yang cekap, keselamatan baik dan garis masa yang tepat.

Menurut Profesor Wong, teknologi BIM merupakan keperluan yang semakin meningkat dalam industri semasa.

Oleh itu, beliau menggesa para profesional industri di Sarawak untuk memanfaatkan spenuhnya fasiliti yang disediakan di myBIM Satellite Centre dihoskan oleh Swinburne di kampusnya di Kuching.

“Ditubuhkan pada Jun 2018, pusat ini merupakan inisiatif yang disokong oleh kerajan untuk mewujudkan platform baharu dalam industri pembinaan di seluruh negara.

“Ia juga, merupakan sebahagian daripada pelan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) ke arah Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Beliau dalam pada itu mengalu-alukan perkongsian daripada kerjasama antara Swinburne Kampus Sarawak dengan PPM sebagai lonjakan besar ke arah mendigitalkan industri pembinaan tempatan.

“Penjimatan kos dan kecekapan platform terbukti dengan baik dan penggunaannya akan mendorong industri pembinaan Sarawak menjadi fasa transformasi baharu. Dengan memanfaatkan kuasa BIM merupakan masa depan pembinaan,” katanya.

Sementara itu, Kampus Swinburne Sarawak menawarkan pelbagai program di peringkat asasi, diploma, sarjana dan pascasarjana.

Salah satu program pascasarjana yang ditawarkan ialah Sarjana Pengurusan Pembinaan yang akan memulakan pengajian pada 2 Mac tahun ini.

Permohonan untuk semua program kini dibuka untuk pengambilan bulan Mac dan April 2020.

Untuk maklumat lanjut, layari www.swinburne.edu.my atau e-mel [email protected] atau WhatsApps di talian 013-8868353.

Bagi mendapatkan info lain mengenai Swinburne, ikuti Facebook (@swinburnesarawak), Instagram (@swinburnesarawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau saluran Youtube (Swinburne Sarawak).

Advertisement