Anda di sini

Blok rumah empat pintu, kereta terbakar

Advertisement
 Api marak yang memusnahkan bangunan blok rumah empat pintu dan sebuah kenderaan milik penghuni di Kampung Pulutan Manggatal.
MUSNAH: Api marak yang memusnahkan bangunan blok rumah empat pintu dan sebuah kenderaan milik penghuni di Kampung Pulutan Manggatal.

KOTA KINABALU: Beberapa buah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas sebuah blok rumah empat pintu musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Pulutan Manggatal di sini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Jamikah Ismail berkata panggilan kecemasan berkenaan kejadian diterima jam 8.23 malam sebelum 18 anggota keseluruhan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian.

"Anggota kita melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba dan kebakaran dapat dikawal jam 9.23 malam.

"Kejadian menyebabkan bangunan terbabit terbakar sebanyak 90 peratus dan sebuah kenderaan milik penghuni turut terbakar sebanyak 70 peratus," katanya.

Menurutnya tiada kecederaan dilaporkan dalam kes ini dan beberapa Pegawai Penyiasat dari Ibu Pejabat dan Zon iaitu Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohamad Akramin Sakirun, PPgB Elgie Bakuk, PPgB Darickson Galanang, PPgB Mohammad Hannis Moktar dan Pegawai Bomba (PB) Azrul Nuadin turut berada di lokasi.

  • oleh
  • Advertisement