Anda di sini

Maut kereta rempuh pokok

Advertisement
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian. - Gambar ihsan bomba
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian. - Gambar ihsan Bomba

SIBU: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya merempuh sebatang pokok di Jalan Salim-Stabau di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Bomba Zon 4 Sibu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.50 petang.

Mangsa dikenali sebagai Wong Siong Yuon dan berumur 65 tahun. 

"Sampai dilokasi, didapati sebuah kereta melanggar sebatang pokok di bahu jalan.

"Tiada tindakan penyelamatan dilakukan atau peralatan digunakan, kerana mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Wan Kamaruddin, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang bergegas ke lokasi nahas terbabit selepas menerima panggilan kecemasan. 

Ujar beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

Katanya, operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.27 petang setelah mendapati keadaan terkawal dan selamat. 

  • oleh
  • Advertisement