Anda di sini

HMSM serah model baharu lori Hino 700 Series kepada W.T.S Gas

Advertisement
 Johnny (tiga kanan) menyerahkan replika kunci kepada Robert sambil disaksikan oleh Syed Azmir (tengah).
SERAH: Johnny (tiga kanan) menyerahkan replika kunci kepada Robert sambil disaksikan oleh Syed Azmir (tengah).

KOTA KINABALU: Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhds (HMSM) menyerahkan seunit model baharu lori Hino 700 Series Automated-Manual Transmission (AMT) SH1EERA kepada pelanggan sedia ada iaitu W.T.S Gas Sdn Bhd (W.T.S Gas).

Pengarah Eksekutif HMSM Datuk Johnny Chan berkata, lori modal baharu berkenaan didatangi dengan kelengkapan keselamatan terbaik serta ruangan yang lebih luas dengan daya penglihatan lebih baik ketika beroperasi.

"Berdasarkan keutamaan dalam keselamatan, ianya sangat diutamakan apabila digunakan dalam industri minyak dan gas.

"Keselamatan adalah faktor penting dalam prosedur operasi industri berkenaan, ia termasuklah bidang pengedaran dan pembekalan gas petroleum cecair," katanya ketika dalam majlis penyerahan itu, di sini hari ini.

Beliau berkata, model baharu itu juga dilengkapi dengan sistem 'antilock braking' (ABS) bagi mengelakkan kejadian tergelincir.

Ketika ditemui, Johnny menjelaskan jenama Hino kini menguasai 30 peratus pasaran sekmen lori di negeri ini.

"10 tahun lalu, kita tidak dikenali dan ianya dimonopoli hanya dengan satu jenama sahaja pada ketika itu.

"Kini Hino sudah mempunyai pasaran yang kukuh di Sabah,' katanya.

Menurutnya, HMSM akan terus memperkenalkan model-model terbaharu dengan lebih baik pada masa hadapan.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan W.T.S Gas Robert Wong, Pengurus Jualan Petronas Wilayah Sabah dan Labuan Syed Azmir Syed Abdullah serta tetamu kehormat yang lain.

 Para tetamu kehormat bersama kakitangan W.T.S Gas merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Para tetamu kehormat bersama kakitangan W.T.S Gas merakamkan gambar kenangan.


 

  • oleh
  • Advertisement