Anda di sini

KD Keris perkukuhkan kawalan keselamatan perairan Malaysia

Advertisement
 Zuhar semasa memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) semasa Majlis Sambutan Ketibaan KD Keris Tambatan PTKK semalam.
PERIKSA: Zuhar semasa memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) semasa Majlis Sambutan Ketibaan KD Keris Tambatan PTKK hari ini.

KOTA KINABALU: Kapal Misi Pesisir (LMS) Kapal Diraja (KD) Keris kini ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Armada Timur menjadikan jumlah keseluruhan 17 kapal yang beroperasi di perairan Sabah dan Sarawak tahun ini.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata kehadiran KD Keris di sini mampu mengukuhkan lagi jaringan pertahanan kawalan keselamatan perairan Malaysia khususnya Malaysia Timur.

"Penambahan aset ini juga mampu meluaskan lagi kawasan rondaan di pesisir pantai terutama di Laut Cina Selatan sekaligus meningkatkan keselamatan komuniti maritim negara.

 KD Keris semasa tiba di Tambatan PTKK hari ini.
TIBA: KD Keris semasa tiba di Tambatan PTKK hari ini.

"Kehadiran KD Keris juga mampu membantu mengurangkan kos pengoperasian serta mengurangkan bebanan tempoh operasi kapal lain sepertimana KD Baung yang merekodkan 230 hari operasi tanpa henti di lautan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Sambutan Ketibaan KD Keris yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin di Tambatan PTKK.

KD Keris berukuran 68 meter panjang dan 9.2 meter lebar ini berkemampuan bergerak dengan kelajuan maksima 22 knot. Kapal yang dikendalikan 45 kru ini diketuai Pegawai Memerintah Komander Mohd Zulkarnain Mohd Rawi mampu beroperasi selama 15 hari di laut.

KD Keris mula dibina pada 31 Julai 2018 di Wuchuan Shuangliu Manufacture Base, Wuhan dan dilancarkan isteri Menteri Pertahanan, Normah Aiwi pada 15 April 2019.

 Zuhar menyambut First Line dari KD Keris dan meletakkan di bollard jeti sebagai simbolik menerima ketibaan KD Keris.
FIRST LINE: Zuhar menyambut First Line dari KD Keris dan meletakkan di bollard jeti sebagai simbolik menerima ketibaan KD Keris.

Upacara Penyerahan Fizikal KD Keris kepada Kerajaan Malaysia berjaya disempurnakan oleh Jawatankuasa Penerimaan Akhir yang diketuai Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman pada 31 Disember tahun lalu.

LMS adalah salah sebuah daripada lima kelas kapal di dalam Program Transformasi Armada 15 kelima TLDM.

Kontrak perolehan empat buah LMS dimaterai antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC).

Projek ini adalah projek perolehan aset pertahanan kapital yang pertama dari China dan kapal kedua yang dikenali sebagai KD Sundang dijadual diserahkan pada April manakala kapal ketiga dan keempat dijadual diserahkan pada Mei dan Ogos tahun hadapan.

Sementara itu dalam perkembangan lain Reza berkata PTKK akan menerima 12 pesawat tanpa pemandu (UAV) ScanEagle yang dibiayai sepenuhnya oleh Amerika Syarikat menerusi program Inisiatif Keselamatan Maritim (MSI) tahun ini.

"UAV akan dioperasikan di PTKK bagi menjaga perairan Sabah dengan mengambil masa kira-kira setahun untuk pembiasaan operasi sebelum digunakan untuk penugasan operasi mengikut keperluan termasuk di kawasan pantai timur Sabah," katanya.

 Zuhar merakamkan gambar kenangan bersama Reza dan kru KD Keris berlatarbelakangkan KD Keris.
KENANGAN: Zuhar merakamkan gambar kenangan bersama Reza dan kru KD Keris berlatarbelakangkan KD Keris.
  • oleh
  • Advertisement