Anda di sini

Pemandu parah dipukul sekumpulan individu di Tabuan Jaya 

Advertisement

KUCHING: Seorang lelaki cedera parah di kepala dipercayai akibat dipukul sekumpulan individu yang berang dengannya selepas kereta yang dipandunya melanggar dua lelaki di sebuah pusat komersial di Tabuan Jaya awal pagi hari ini.

Menurut sumber, kejadian itu dikatakan berlaku sekitar jam 3 pagi yang mana pemandu kereta yang berusia 30-an terbabit melanggar dua lelaki berkenaan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mangsa patah kedua-dua tangan manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan.

Dedahnya, lelaki terbabit dipercayai memandu keretanya dalam keadaan mabuk sebelum hilang kawalan dan melanggar kedua-dua mangsa sebelum merempuh sebuah premis di situ.

Akibat kejadian itu, sekumpulan individu berang dengan lelaki berkenaan sebelum bertindak menariknya keluar dari kereta sebelum memukulnya sehingga menyebabkan pemandu terbabit cedera parah.

Pasukan paramedik tiba dilokasi kejadian sebelum membawa pemandu berkenaan termasuk dua lelaki yang dilanggarnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Kereta yang dipandu lelaki terbabit merempuh sebuah premis kedai di pusat komersial Tabuan Jaya.
Kereta yang dipandu lelaki terbabit merempuh sebuah premis kedai di pusat komersial Tabuan Jaya.

Dalam insiden berasingan, seorang lelaki berusia 30 tahun dari Matang Jaya cedera juga akibat dipukul tiga lelaki yang dikatakan menganggu teman wanitanya di lokasi yang sama di pusat komersial di Tabuan Jaya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke HUS untuk rawatan lanjut kerana luka di tangan akibat objek tajam.

Sementara itu, seorang pemuda berusia 20 tahun dari Kampung Bintawa cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di lampu isyarat berdekatan pusat komersial, BDC sekitar jam 2 pagi hari ini.

Menurut sumber mangsa dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum merempuh belakang sebuah kereta di lampu isyarat berkenaan.

Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah sebelum dibawa pasukan paramedik ke HUS untuk rawatan lanjut dan ditempatkan di Zon Kuning.  

  • oleh
  • Advertisement