Anda di sini

Jangan kaitkan PSS dengan serangan di Tanduo: Azis

Advertisement
 Azis ketika berucap pada majlis itu.
BERUCAP: Azis ketika berucap pada majlis itu.

BONGAWAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman mengingatkan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya tidak mengaitkan insiden yang berlaku di Tanduo dengan isu Pas Sementara Sabah (PSS).

Beliau menyelar kenyataan Hishammuddin yang mengingat rakyat Sabah supaya berhati-hati dengan pelaksanaan PSS kerana khuatir keputusan yang dibuat akan membahayakan keselamatan negeri ini.

Azis yang juga Ketua Wira Parti Warisan Sabah (WARISAN) menganggap tindakan bekas Naib Presiden UMNO itu seperti tidak masuk akal.

"Di mana dia (Hishammuddin) simpan pemikiran dia, di kepala lutut?

"Apa yang berlaku di Tanduo kerana disebabkan ramai pemegang-pemegang dokumen palsu yang berleluasa di Sabah.

"Sebab kerajaan terdahulu tidak ambil serius. Mereka biarkan orang yang memegang dokumen palsu ini berkeliaran di Sabah," katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Perdana Jalinan Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di sini.

 

Azis berkata, dengan adanya PSS, ia bukan hanya beri pas yang sah, tetapi pemegang dokumen turut menjalani semakan keselamatan sebelum menerima PSS.

Terdahulu, laporan sebuah portal berita memetik kenyataan Hishammuddin yang membangkitkan insiden pencerobohan di Tanduo Lahad Datu ketika menyuarakan bantahannya terhadap PSS.

Beliau dipetik berkata, PSS ada kaitan dengan keselamatan Sabah dan banyak pihak yang tidak menyedari isu keselamatan itu sesuatu yang pernah dilalui ketika kes Lahad Datu.

Hishammuddin turut menyuarakan kebimbangannya jika sesuatu keputusan yang tidak diperincikan secara mendalam akan membawa kesan yang cukup bahaya kepada Sabah.

  • oleh
  • Advertisement