Anda di sini

Emart rai Tahun Baharu Cina ‘The Golden Ong’ dengan penuh keceriaan

Advertisement
 Kuih -muih, kekacang dan semuanya boleh didapati di Emart Batu Kawa.
PELBAGAI: Kuih -muih, kekacang dan semuanya boleh didapati di Emart Batu Kawa.
 Buah limau mandarin disediakan pihaknya untuk perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
PERAYAAN TIBA LAGI: Buah limau mandarin disediakan pihaknya untuk perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
 Hamper dan hadiah.
TARIKAN: Hamper dan hadiah.

KUCHING: Emart meraikan sambutan Tahun Baharu Cina ‘The Golden Ong’ yang membawa kepada satu tahap yang lebih baik, kegembiraan dan penuh kekayaan bagi tahun 2020.

Nikmati lebih keriangan dengan pelbagai aktiviti, pertandingan dan persembahan yang menyeronokkan di dalam suasana ambang sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurut Jurucakap Emart Batu Kawa, tarikan utama pihaknya adalah hadiah seunit emas 999 Pamp Suisse seberat 5 gram bernilai lebih daripada RM1,300 yang akan diberikan pada setiap minggu di empat cawangan Emart seluruh negeri.

Ia akan diadakan bermula pada 8 sehingga 22 Januari ini di Emart Tudan, Emart Riam, Emart Batu Kawa dan Emart Matang.

Selain itu, pihak Emart juga telah menyediakan 5 set baucar tunai Emart bernilai RM200 setiap satunya bagi hadiah kedua dan di tempat ketiga, sebanyak 8 set baucar tunai Emart bernilai RM80 untuk pelanggannya.

Bagi menyertai pertandingan, keahlian Emart perlu berbelanja RM168 di mana-mana cawangan pasar raya itu.

Peserta juga perlu menghantar borang penyertaan cabutan bertuah pada hari cabutan tersebut dibuat bermula jam 6.30 petang sehingga 8.30 malam dan seterusnya cabutan akan dibuat sekitar jam 8.30 malam hari yang sama.

Bagaimanapun, sekiranya pemenang tidak hadir selepas dipanggil oleh pihak penganjur maka cabutan semula akan diadakan. Cabutan pertama telah diadakan pada 8 Januari lepas, yang kedua pada 15 Januari dan yang ketiga akan diadakan pada 22 Januari nanti bergantung kepada terma dan syarat pihaknya.

Pada masa yang sama, terdapat tiga rekaan edisi terhad untuk peket angpau, eksklusif bagi keahlian Emart dan di atasnya terdapat tema istana purba Cina, teratai, ikan koi, musim bunga dan kemakmuran Burung Jenjang.

Penebusan peket angpau boleh dibuat di Kaunter Khidmat Pelanggan Emart selepas membuat sebarang pembelian bernilai RM138 di Emart Supermarket di dalam satu resit atau RM50 di stor Emart sementara stok masih ada.

Terdapat juga jualan seperti lokam, limau mandarin, minuman ringan, daging, ayam, ikan, sayuran, kek beras, makanan ringan, kekacang dan banyak lagi disediakan pihaknya.

Hamper dan hadiah juga disediakan pihaknya dengan kemasan moden atau tradisional yang juga didatangkan dalam pelbagai saiz juga terdapat di sini.

Bermula 19 sehingga 24 Januari ini, pihaknya akan memanjangkan tempoh operasi dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam bagi memudahkan para pelanggan membuat persediaan perayaan yang bakal tiba.

Untuk keterangan lanjut, sila layari Emart Malaysia Facebook https://www.facebook.com/EmartMY/.

Advertisement