Anda di sini

AirAsia tawar destinasi baharu ke Chengdu

Advertisement
__alt__

KUCHING: Para pelancong yang terbang dari pintu masuk utara Malaysia, Pulau Pinang, kini boleh menikmati pilihan destinasi baharu dengan AirAsia ke Chengdu, ibu kota Wilayah Sichuan, China.

Penerbangan terus baharu itu akan mulai beroperasi sebanyak tiga kali seminggu bermula pada 8 Mac ini dan menjadi laluan udara eksklusif yang menghubungkan Pulau Mutiara ke Wilayah Sichuan.

“Kami teruja untuk mengumumkan laluan baharu pertama pada tahun ini, sempena mengalu-alukan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Tahun Melawat Pulau Pinang 2020.

“Pulau Pinang adalah salah satu hab terbesar kami di Semenanjung Malaysia dan kami telah menerbangkan seramai lebih daripada 2.4 juta tetamu pada tahun lepas.

“Ini adalah laluan pertama kami dari Pulau Pinang ke Tanah Besar China dan kami berharap rangkaian tambahan ini akan terus meningkatkan kedatangan pelancong ke Pulau Pinang dan sebaliknya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat pada satu kenyataan akhbarnya semalam.

Bagi meraikan laluan baharu tersebut, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua untuk ahli dari Pulau Pinang ke Chengdu bermula daripada RM99, yang tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula semalam (10 Januari) sehingga 19 Januari untuk perjalanan di antara 8 dan 28 Mac.

Nikmati penerbangan pergi dan balik dengan penginapan hotel tiga hari dan dua malam serendah RM332 bagi setiap orang melalui SNAP di airasia.com.

Terkenal sebagai ‘rumah’ kepada panda gergasi, Chengdu adalah sebuah bandar yang berkembang pesat dengan pelbagai aktiviti menarik.

Selain pemandangan semula jadi,  ia juga kaya dengan warisan kebudayaan dan tempat-tempat bersejarah, dan beberapa tarikan lain yang harus dikunjungi termasuk Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Giant Panda Chengdu, Jinli Ancient Street, Leshan Giant Buddha dan Biara Wenshu.

Dinamakan UNESCO sebagai ‘Kota Gastronomi’, pelbagai hidangan Cina yang popular seperti Tauhu Mapo dan Ayam Kung Pao berasal dari rantau ini.

Pelancong juga boleh bersantai sambil menikmati teh beraroma di rumah teh tempatan.

Chengdu juga merupakan pintu masuk ke wilayah barat China, termasuk Tibet di mana ibu kotanya, Lhasa adalah rumah kepada pusat sejarah Buddhisme Tibet dan Istana Potala yang terkenal; serta Tapak Warisan Dunia UNESCO Jiuzhaigou, salah satu pemandangan yang terindah di China.

Selain dari Chengdu, AirAsia kini terbang ke 12 destinasi dari hab Pulau Pinang seperti Bangkok, Bandar Ho Chi Minh, Surabaya, Jakarta, Medan, Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Langkawi, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan berita terkini mengenai aktiviti dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)

Pesawat AirAsia dari Pulau Pinang-Chengdu dijadualkan berlepas pada jam 10.55 malam setiap Rabu, Khamis dan Ahad sementara Chengdu-Pulau Pinang pada jam 3.55 petang setiap Isnin, Khamis dan Sabtu setiap minggu.

Advertisement