Anda di sini

Penyelia pusat hiburan didenda RM2,500 jalankan operasi tanpa lesen

Advertisement
 

KUCHING: Seorang penyelia pusat hiburan didenda RM2,500 atau lima bulan penjara sekiranya gagal membayar oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menjalankan operasi hiburan tanpa lesen.

Mohammed Shariff Mohamad, 24, mengaku bersalah sejurus pertuduhan di bawah Seksyen 5(1)(b) Ordinan Hiburan 2000 dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai penyelia pusat hiburan didakwa menjalankan operasi hiburan tanpa lesen sah yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). 

Kesalahan itu dilakukannya pada jam 10.20 malam di sebuah premis di Jalan Padungan pada 5 November tahun lalu.

Semasa serbuan dibuat, beberapa barangan seperti pembesar suara, komputer, monitor dan papan kekunci dirampas sebagai bahan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
 

  • oleh
  • Advertisement