Anda di sini

SK Pekan II Labuan amal budaya penyayang

Advertisement
 Hajah Dayang Damit (empat kiri) bersama Tengku Yasmin (tiga kiri) dan Farida (dua kiri) menyambut ketibaan murid di pekarangan sekolah bersama ChipMuck Marrybrown pada hari pertama persekolahan 2020, Khamis lalu.
SAMBUT: Hajah Dayang Damit (empat kiri) bersama Tengku Yasmin (tiga kiri) dan Farida (dua kiri) menyambut ketibaan murid di pekarangan sekolah bersama ChipMuck Marrybrown pada hari pertama persekolahan 2020, Khamis lalu.

LABUAN: Hari pertama persekolahan tahun 2020 mencatatkan satu kenangan indah apabila anak-anak Sekolah Kebangsaan Pekan II (SKPII) Wilayah Persekutuan Labuan disambut oleh Chipmunk Marrybrown di pekarangan sekolah. 

Ada yang malu, ada yang gembira, ada yang senyum dan tidak kurang ada juga yang sempat mengambil gambar kenangan bersama Chipmunk.

Ini merupakan salah satu usaha sekolah untuk menarik minat murid-murid hadir ke sekolah dengan hati yang gembira.

Kali pertama Chipmunk hadir ke sekolah ini pada tahun 2019 sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah pada bulan Oktober yang lalu.

Kehadiran murid-murid disambut oleh pentadbir sekolah yang diketuai Guru Besar, Hajah Dayang Damit @ Saidah Haji Md Yassin bersama-sama Penolong Kanan Pentadbiran, Hajah Tengku Yasmin Tengku Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Farida Haji Abdul Rahman serta guru-guru SKPII.

Hajah Dayang berharap kehadiran yeng memberangsangkan pada hari pertama akan berterusan dan berkekalan hinggalah tamat persekolahan pada Disember depan.

Pada masa sama, beliau meminta ibu bapa atau penjaga supaya memastikan anak-anak mereka datang lebih awal ke sekolah dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap, kemas dan bersih.

Beliau berharap murid datang ke sekolah dengan penuh semangat seperti mana slogan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 'Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan' bersama slogan sekolah 'together We Are Stronger'.

"Kita semua mesti bersemangat sepanjang tahun untuk memastikan murid memperolehi pelbagai ilmu ketika berada di SK Pekan II,"katanya sambil mengucapkan terima kasih atas kerjasama guru dan ibu bapa sepanjang tahun lalu.

Tambah beliau, pihak sekolah mengamalkan budaya penyayang, sapa dan salam untuk membentuk budaya dan adab yang baik dalam kalangan murid.
 

Advertisement