Anda di sini

Orang awam selamatkan kanak-kanak dari lemas semasa mandi di sungai

Advertisement

KOTA KINABALU: Orang awam berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan lemas semasa mandi-manda di Sg Promotodon, Inanam, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kes berkenaan pada jam 1.22 petang.

Bagaimanapun, kanak-kanak berusia tiga tahun terbabit didapati sudah diselamatkan orang awam sebelum ketibaan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas.

Bomba menggerakkan 10 anggota diketuai Ketua Balai Agustavia Joe Guasi dengan kekuatan sebuah jentera FRT, sebuah EMRS dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Pasukan bomba yang tiba melalukan bantuan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement