Anda di sini

Janji untuk mengagihkan kekayaan negara secara sama rata belum direalisasikan

Advertisement
FIRDAUS
FIRDAUS

KOTA KINABALU: Pengagihan kekayaan sama rata dalam kalangan rakyat Malaysia yang diilhamkan oleh kepimpinan tertinggi negara ini belum dicapai walaupun kini sudah menjadi Kerajaan Baharu.

Ketua Wira Warisan Putatan Mohammad Firdaus Diun berkata, kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan harus mengetuai hala tuju berkenaan untuk merealisasikan perkara demikian.

Katanya, Malaysia adalah salah satu negara pengeluar minyak petroleum terbesar, Petronas contohnya harus berada dihadapan dalam usaha mencapai visi pengagihan kekayaan sama rata negara ini bagi membolehkan syarikat minyak dan gas di Sabah berkembang maju.

"Kontraktor minyak dan gas Sabah tidak diberikan peluang yang sepatutnya dalam mendapatkan kontrak Petronas di Sabah.

"Kontrak-kontrak berkenaan diberikan kepada syarikat dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak walaupun beroperasi di Sabah," katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, Petronas seharusnya membantu syarikat Sabah untuk terus berkembang kerana rata-rata syarikat tempatan masih baharu dalam industri minyak dan gas.

"Saya difahamkan banyak alasan diberikan oleh pihak terbabit bagi menafikan hak-hak usahawan tempatan ini," katanya.

Firdaus berkata, ramai syarikat minyak dan gas di Sabah merasa kecewa atas isu berkenaan yang dipinggirkan oleh Petronas yang mempunyai operasi di negeri ini.

Katanya, Kerajaan Baharu tidak seharusnya mengulangi tindakan yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini dan perlu memperbaiki salah laku wujud pada kerajaan lalu.

Menurutnya, Pakatan Harapan sudah berkuasa selama hampir dua tahun tetapi pengagihan kekayaan negara secara sama rata masih kekal sebagai mimpi.

  • oleh
  • Advertisement