Anda di sini

Bot Kastam Lahad Datu ditembak sekumpulan lelaki bersenjata

Advertisement
 

LAHAD DATU : Sebuah bot milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditembak sekumpulan penyerang di perairan Semporna, kira-kira jam 5.20 petang, semalam.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua JKDM Lahad Datu Saidin Jalaludin ketika dihubungi Utusan Borneo, namun tiada keterangan lanjut dikongsikan.

Bagaimanapun, Saidin turut memaklumkan bahawa beliau turut membuat laporan polis mengenai insiden itu di IPD Semporna.

Difahamkan, ketika kejadian bot penguatkuasa JKDM Lahad Datu sedang membuat rondaan rutin dan terserempak dengan sebuah bot asing bersenjata.

Kumpulan lelaki mencurigakan yang dikejar terbabit telah bertindak balas dengan melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot penguatkuasa.

Tembakan yang dilepaskan kumpulan lelaki itu tersasar dan tidak mengenai bot penguatkuasa dan bot tersebut memboloskan diri ke perairan sempadan Filipina.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan bertindak mengumpul semua maklumat sebelum tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement