Anda di sini

Karnival Balau Dalat masuk Kalendar Pelancongan Sarawak 2020

Advertisement
Gambar fail menunjukkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah dan Fatimah pada Karnival Balau 2015.
Gambar fail menunjukkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah dan Fatimah pada Karnival Balau 2015.

KUCHING: Karnival Balau Dalat yang diadakan secara dwitahunan, tersenarai pertama kali dalam Kalendar Acara Pelancongan Sarawak 2020.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata Karnival Balau 2020 akan diadakan dalam skala besar.

"Tahun hadapan Karnival Balau memberi makna yang besar kepada warga DUN Dalat. Lebih-lebih lagi Tebingan Sungai Dalat Fasa Dua juga siap dan boleh digunakan sebagai lokasi Karnival Balau.

"Ia lebih luas dan memberi keselesaan," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat itu juga berkata sebelum ini beliau telah memaklum mengenai karnival kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan negeri.

Dalam Kalendar Acara Pelancongan 2020, Karnival Balau merupakan antara aktiviti yang diadakan pada April 2020.

Karnival Balau Dalat sebelum ini dalam Kalendar Aktiviti Daerah Dalat dan Karnival Balau bertujuan untuk memperkasakan industri Rumbia di Sarawak 

Pokok Balau atau Rumbia merupakan bahan asas utama untuk membuat makanan tradisi masyarakat Melanau.

Karnival Balau Dalat pertama pada 24-26 Jun 2005 ( Stadium Perpaduan Dalat) dan pada 2011, Karnival Balau diadakan di Tebingan Sungai Dalat.

Karnival Balau Dalat ini akan berlangsung selama 3 hari dan pelbagai aktiviti dijalankan, seperti Acara Pementasan, Karoake, Ratu Karnival Balau, Pameran dari Agensi Kerajaan, Swasta, kraftangan, Pertandingan Ayam Serama dan banyak lagi.

Pada Isnin lepas, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak melancarkan Kalendar Acara Pelancongan Sarawak 2020 yang menggariskan 95 acara dan festival yang terdapat di seluruh negeri untuk mempromosi pelancongan dan menarik kemasukan pelancong ke negeri ini.

Advertisement