Anda di sini

Petronas anjur program FISH4LIFE 2.0 didik nelayan mengenai keusahawanan

Advertisement
 Seramai 73 peserta mengambil bahagian pada ‘Talking Motivational Talk’ pada program FISH4LIFE 2.0 anjuran Bahagian Gas Sarawak, PCSB.
TIMBA ILMU: Seramai 73 peserta mengambil bahagian pada ‘Talking Motivational Talk’ pada program FISH4LIFE 2.0 anjuran Bahagian Gas Sarawak, PCSB.

KUCHING: Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) menganjurkan program FISH4LIFE 2.0 yang bertujuan mendidik masyarakat nelayan mengenai keusahawanan sebagai sumber pendapatan alternatif.

Program selama satu hari yang diadakan di Hotel Parkcity Everly di Bintulu pada Selasa, merupakan anjuran Bahagian Gas Sarawak, PCSB dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bintulu.

Seramai 73 nelayan daripada PNK Bintulu yang menyertai program itu diberi penerangan tentang keusahawanan oleh penceramah jemputan mengenai pengalaman, perjalanan dan tip dalam menjadi usahawan yang berjaya mengikut bidang masing-masing.

Turut menyampaikan ceramah ialah Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Sixteen Twentynine Sdn Bhd Kartini Sharkawi dan Pengarah Urusan IANA Corporation Sdn Bhd Muhammad Hafiz Rohani.

IANA Corporation Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan kek lapis Sarawak dan menjualnya secara domestik dan antarabangsa di negara-negara seperti Brunei dan Singapura.

Sementara Sixteen Twentynine Sdn Bhd pula adalah syarikat pembuatan makanan halal di Sarawak yang mengkhusus dalam produk beku halal di bawah jenama Rania.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Gas Sarawak, PCSB Peter Majid berkata, program itu adalah sejajar dengan tonggak strategik tanggungjawab sosial korporat (CSR) – Pendidikan, Kesejahteraan Masyarakat, Pembangunan dan Alam Sekitar yang bertujuan melengkapkan masyarakat  nelayan di Bintulu dengan kemahiran keusahawanan.

“Program tahun ini adalah usaha berterusan daripada program FISH4LIFE pada tahun lepas, dengan fokus untuk mencari jalan alternatif bagi nelayan tempatan menjana pendapatan mereka.

“Dengan program ini juga, mereka (nelayan) tidak lagi bergantung kepada per-ikanan sebagai sumber utama pendapatan mereka,” kata-nya dalam kenyataan media semalam.

Untuk rekod, program ter-sebut pertama kali dilancarkan pada tahun lepas dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dengan menyaksikan seramai 93 peserta daripada PNK Bintulu diberi penerangan tentang teori dan praktikal mengenai pembiakan ‘sea bass’.

Advertisement