Anda di sini

100 mahasiswa UMS hadiri Forum Perubahan Paradigma Seni Kreatif

Advertisement
 Gambar kenangan mahasiswa UMS yang menghadiri forum.
KENANGAN: Gambar kenangan mahasiswa UMS yang menghadiri forum.

KOTA KINABALU: Forum Perubahan Paradigma Seni Kreatif Malaysia yang membahaskan isu trend penerbitan hasil karya mereka dalam pasaran penulisan kreatif bersama penulis dan penerbit melibatkan 100 peserta terdiri daripada pelajar major penulisan Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (Blok Seni), Univeriti Malaysia Sabah (UMS) baru baru ini.

Program di bawah geran penyelidikan Perubahan Paradigma Bidang Seni Kreatif Malaysia ini berlangsung di Studio Teater Ahmad Nisfu Blok Seni UMS selama sehari.

Penel jemputan Muhammad Aisamuddin Md Asri atau lebih dikenali dengan nama pena Aisa Linglung wakil dari penerbit Lajenpress dan Maslijan Abd Rasad selaku Perancang Bahasa wakil daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah (DBPS).

Sesi ini dikendali oleh Dr. Lokman Abdul Samad sebagai moderator mengupas isu berkaitan Perbezaan Kriteria Penerbitan Karya Kreatif Malaysia Baru.

Forum sesi kedua bertajuk Perbezaan Suara Kreatif dalam Malaysia Baru: Perspektif Penulis yang dibahas oleh dua penulis muda Sabah Ruhaini Matdarin dan Adi Hj. Sesi yang berlangsung selama tiga jam ini pula dikendali oleh Prof. Madya Dr. Sim Chee Cheang.

“Saya kagum akan sambutan positif mahasiswa seni kreatif khususnya dalam mengangkat martabat sastera melalui penglibatan mereka bidang penulisan.

"Selain dapat belajar trend terkini dalam penghasilan karya kreatif seperti dalam bentuk novel, cerpen, puisi dan skrip filem khususnya, forum ini diharapkan dapat menimba ilmu dan pengalaman daripada novelis, cerpenis dan penulis dalam cara menulis, menghayati sebuah karya kreatif,” kata Dr. Sim Chee Cheang selaku pengarah program.

 Semasa forum berlangsung.
FORUM: Semasa forum berlangsung.
Advertisement