Anda di sini

Kes Uggah lawan Vernon: Pengajaran kepada ahli politik agar lebih berhati-hati 

Advertisement
ABDUL KARIM
ABDUL KARIM


KUCHING: Keputusan kes saman Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas terhadap bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Kedit wajar menjadi pengajaran kepada semua ahli politik.

Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang berkata demikian, menambah ia akan menjadikan seseorang ahli politik agar lebih berhati-hati dalam tulisan dan pertuturan.

"Mereka (ahli politik) perlu (tahu) ada undang-undang yang perlu dipatuhi," katanya sambil menambah, undang-undang merupakan satu garisan yang tidak boleh dilangkau oleh semua pihak.

"Sekiranya kita melintasi garis tersebut, kita terdedah untuk disaman," katanya ketika mengulas kes saman yang menyaksikan Uggah menang pada sidang media persiapan Sarawak ke Sukan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, apa yang malang dalam kes tersebut ialah membabitkan Vernon yang mempunyai latar belakang undang-undang.

"Sepatutnya dia lebih tahu. Kalau tidak, apa guna belajar undang-undang sampai jauh-jauh, kemudian tidak tahu apa garis-garis yang boleh dilangkah dan tidak boleh dilangkah," katanya.

Berita berkaitan: Uggah menang kes saman terhadap Vernon

Advertisement