Anda di sini

Bas sekolah percuma di Kuching dijangka mula beroperasi Mei tahun depan

Advertisement
Abang Johari ketika berucap pada majlis perasmian Pejabat CUEPACS Negeri Sarawak di Jalan Bampflye Kuching. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi
Abang Johari ketika berucap pada majlis perasmian Pejabat CUEPACS Negeri Sarawak di Jalan Bampflye Kuching. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata perkhidmatan bas sekolah percuma akan dilaksanakan di bandar raya ini selewat-lewatnya Mei tahun depan.

Beliau berkata ketika ini pihak bertanggungjawab masih mengenal pasti laluan serta jumlah bas akan digunakan bagi tujuan itu.

"Sebagai permulaan kita akan melaksanakan perkhidmatan bas sekolah percuma ini di bandar raya Kuching, kalau ia berjaya ia akan diperluaskan ke (bandar raya) Miri, (bandar) Sibu dan Bintulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pejabat Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak di Banglo Wang, Jalan Bampfylde di sini, hari ini.

Abang Johari berkata bas berkenaan akan menyediakan perkhidmatan berdasarkan 'hop on hop off' iaitu pelajar boleh menaiki bas berkenaan untuk ke sekolah masing-masing dalam laluan disediakan.

"Kita sedang mengenal pasti beberapa laluan melibatkan kawasan Petra Jaya yang termasuk Matang serta di Kuching selatan hingga ke Tabuan Jaya.

"Kita tawarkan perkhidmatan bas sekolah percuma ini kepada semua tidak hanya penjawat awam negeri atau persekutuan dengan harapan ia sedikit sebanyak mengurankan beban ditanggungjawab ibu bapa bagi membayar tambang anak-anak ke sekolah," katanya.

Pada awal November lepas ketika membentangkan Belanjawan 2020, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan memperkenalkan Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma pada tahun depan di bandar raya Kuching. 

Abang Johari berkata, selain itu, perkhidmatan ini juga akan dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.

“Ini akan menjadi inisiatif perintis kita dan akan diperkenalkan kepada bandar-bandar lain yang mempunyai kepadatan penduduk di Sarawak terutama Bintulu, Miri dan Sibu, apabila terdapatnya keperluan,” ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement