Anda di sini

Lelaki disyaki mulakan kebakaran hutan untuk lindungi pokok ganjanya

Advertisement
 Asap daripada kebakaran hutan menyelimuti banjaran gunung seperti yang dapat dilihat dari pesawat komersial yang melalui ruang udara utara New South Wales, kelmarin. — Gambar Reuters
SITUASI GENTING: Asap daripada kebakaran hutan menyelimuti banjaran gunung seperti yang dapat dilihat dari pesawat komersial yang melalui ruang udara utara New South Wales, kelmarin. — Gambar Reuters

SYDNEY: Seorang lelaki Australia telah dituduh sengaja melakukan kebakaran bagi melindungi tanaman ganjanya, menyebabkan kebakaran hutan yang tidak terkawal apabila marak di sepanjang pantai timur.

Empat terkorban dan lebih 300 rumah musnah dalam kebakaran hutan teruk yang membakar lebih sejuta hektar tanah di sepanjang tebing laut timur dalam tempoh hanya seminggu.

Pihak polis menyatakan seorang lelaki berusia 51 tahun hadir di mahkamah tempatan kelmarin dan didakwa sengaja memulakan kebakaran di Ebor di negeri New South Wales dalam cubaan untuk melindungi tanaman ganjanya.

Tindakannya pada Khamis lepas segera merebakkan api dan suspek dikatakan membiarkan sahaja kebakaran tersebut, menurut kepada pihak polis.

Kebakaran Ebor adalah seluas kira-kira 10,000 hektar dan masih lagi marak tiga hari kemudian.

Pihak berkuasa percaya orang yang sengaja melakukan pembakaran itu adalah dalang di sebalik beberapa kebakaran hutan yang lain di sekitar New South Wales yang teruk terjejas termasuk di daerah berhampiran Queensland, dan telah merayu kepada orang awam untuk maklumat yang membawa kepada lebih banyak tangkapan.

Pada Ahad, terdapat 130 kebakaran di sekitar dua negeri ini, beberapa kawasan luas yang telah dilanda kemarau yang melumpuhkan.

Anggota bomba New South Wales giat mengawal kebakaran semasa suhu menjunam pada malam Sabtu, sebelum keadaan dijangkakan bertambah buruk awal minggu depan.

Beberapa bahagian di Queensland telah berdepan bahaya kebakaran yang ekstrem ketika suhu tinggi dan tahap kelembapan yang rendah diramalkan bergabung dengan ribut bagi menghasilkan keadaan yang sangat mencabar bagi anggota bomba.

Australia yang terdedah kepada kebakaran hutan telah mengalami permulaan yang menakutkan bagi musim kebakarannya, yang menurut para saintis sebagai satu permulaan yang lebih awal dan menjadi sangat ekstrem akibat pertukaran iklim, yang menaikkan suhu dan menghapuskan kelembapan dari alam sekitar.

Permintaan yang bertambah bagi menangani minyak fosil dan secara drastiknya memutuskan pengeluaran gas rumah hijau telah diabaikan kerajaan konservatif di negara ini, yang tidak sabar untuk melindungi industri perlombongannya yang sangat lumayan. — AFP

Advertisement