Anda di sini

Terbuka SGCC Junior 23-24 Nov

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seramai 80 pemain golf junior dijangka menyertai Kejohanan Terbuka Sabah Golf & Country Club (SGCC) Junior  Ke-17 2019 di sini pada 23-24 November ini.

Kejohanan itu terbuka kepada pemain amatur  lelaki dan perempuan junior yang memiliki Index Handicap USGA yang sah dan dibahagikan kepada tiga kumpulan umur.

Kumpulan A adalah untuk pemain berumur 16-18 tahun, kumpulan B (13-15 tahun) dan Kumpulan C (10-12 tahun).

Kejohanan itu juga akan memperkenalkan kategori terbuka untuk pemain berumur 9 tahun ke bawah yang diletakkan dalam Kumpulan D. 

Kumpulan ini tidak mengambil kira handicap yang bermakna penyertaan terbuka untuk pemain yang memiliki atau tiada handicap.

Jawatankuasa penganjur yang dipengerusikan sendiri oleh presiden SGCC, Nash Hon dan Kapten Christpoher Liaw selaku Pengarah Pertandingan berharap kejohanan itu akan terus menjadi medan mengetengahkan bakat berpotensi pemain-pemain muda negeri ini.

Penyertaan masih dibuka sehingga 18 November. Peserta Kumpulan A, B dan C dikenaan yuran penyertaan RM250 manakala Kumpulan D RM150.

Untuk keterangan lanjut diminta menghubungi Nordin Perus (088-247533) atau menerusi emel di alamat [email protected].

  • oleh
  • Advertisement