Anda di sini

Puluhan ribu terkorban akibat kelewatan laksana zon selamat Syria: Erdogan

Advertisement

WASHINGTON: Berpuluh-puluh ribu orang telah terkorban kerana zon selamat tidak dapat dilaksanakan dengan cepat di utara Syria, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Rabu.

Erdogan membuat kenya-taan itu semasa sidang akhbar bersama dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump selepas mesyuarat dua hala empat jam yang turut membabitkan senator Republikan.

Turki telah melancarkan Operasi Peace Spring pada 9 Oktober bagi menghapuskan pejuang Unit Perlindungan Rakyat (YPG) dan Parti Pekerja-Pekerja Kurdistan (PKK) dari utara Syria di timur Sungai Euphrates dalam usaha menjamin keselamatan sempadan Turki, membantu kepulangan selamat pelarian Syria dan memastikan inte-griti wilayah Syria.

Pada 17 Oktober, AS dan Turki telah mencapai kata sepakat untuk menghenti-kan seketika operasi itu bagi membolehkan pejuang YPG/PKK berundur dari zon selamat yang dirancang, di mana Ankara mahu menem-patkan berjuta-juta pelarian Syria yang dilindunginya ketika ini.

Turki pertama kali meminta penubuhan zon selamat itu dalam satu mesyuarat G20 di Antalya pada 2015.

Erdogan berkata semasa operasi itu, Turki berjaya menjamin kepulangan selamat sejumlah 365,000 rakyat Syria ke Jarablus, sebuah pekan di utara semapdan yang dibersih-kan semasa operasi itu. 

Erdogan mengulangi bahawa Turki “tiada masalah dengan puak Kurdish” dan hanya mempunyai isu dengan organisasi pengganas.

Mengulas perjuangan menentang Daesh, Trump berkata Turki banyak membantu dalam usaha itu selepas memberkas semula semua militan Daesh yang memboloskan diri dari penjara yang dikuasai YPG/PKK.

Erdogan berkata “Turki dan AS boleh bekerjasama untuk membawa keamanan dan kestabilan kepada Syria dan memusnahkan sepenuhnya” organisasi pengganas Daesh.

Dalam kempen keganasan selama lebih 30 tahun terhadap Turki, PKK bertanggungjawab atas kematian 40,000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi. — Bernama

Advertisement