Anda di sini

Warga emas maut dipanah petir

Advertisement
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA BERANG: Seorang warga emas maut akibat dipanah petir ketika berada di kebunnya di Kampung Matang di sini, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 5 petang selepas Mamat Junus, 61, ditemui tidak sedarkan diri dan dipercayai sudah meninggal dunia oleh isterinya yang ke kebun berkenaan untuk mencarinya.

“Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas ke kebun pada 7 pagi. Pihak polis kemudiannya menerima panggilan pada 5.25 petang berhubung penemuan mangsa di kebun berkenaan.

”Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan disahkan meninggal dunia akibat dipanah petir. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohd Adli turut menasihati orang ramai supaya elakkan berada di kawasan terbuka seperti padang apabila berlaku petir bagi mengelak kejadian tidak diingini. - Bernama 

Advertisement