Anda di sini

Ekspo HOMElove, Home & Living di Pusat Konvensyen Borneo Kuching

Advertisement
 Pelbagai perkakasan elektrikal dijual pada harga menarik sepanjang berlangsungnya ekspo di BCCK sehingga 3 November ini.
HARGA MENARIK: Pelbagai perkakasan elektrikal dijual pada harga menarik sepanjang berlangsungnya ekspo di BCCK sehingga 3 November ini.

KUCHING: Ekspo HOMElove, Home & Living sedang berlangsung dan dibuka kepada pengunjung selama empat hari bermula semalam hingga Ahad ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Memasuki edisi keempat tahun ini, ekspo anjuran Empire Asia Events Marketing Sdn Bhd ini mengetengahkan tiga elemen utama iaitu perabot, ubah suai dan perkakasan elektrikal.

Pengurus Kanan Pemasaran dan Jualan Acara Empire Asia Events Marketing Sdn Bhd, Stephanie Cheah berkata sebanyak 350 booth pameran dibuka pada ekspo ini melibatkan 120 pempamer.

Pelbagai produk dan barangan termasuk pakej ubah suai rumah ditawarkan sepanjang ekspo ini pada harga yang berpatutan selain hadiah-hadiah menarik kepada pengunjung dan pembeli.

Hanya dengan mendaftar di kaunter pendaftaran, pengunjung akan diberi set peralatan makan mesra eko atau set bantal kusyen selain peluang memenangi tilam jenama Getha Compass saiz queen bernilai RM4,799.

Bagi setiap pembelian RM1,000 dan ke atas pula, pengunjung dijamin layak untuk tebusan hadiah seperti Robam Induction Hob, TV Pintar Panasonic 65”, Sugawa Smart Cooker dan Sofa Hatch 2.5 Seater.

Semakin banyak jumlah yang dibelanjakan, semakin besar nilai hadiah yang bakal diterima.

Di samping itu, ekspo ini juga menawarkan baucar tunai dan hadiah bagi pembeli bertuah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM100,000.

Baucar tunai ini bernilai antara RM20, RM50, RM100, RM300 malah sehingga RM500 dan ke atas.

Selain tawaran-tawaran di atas, pelbagai aktiviti sampingan yang lain turut diadakan untuk para pengunjung.

Antaranya, peraduan mewarna untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun pada Sabtu bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Aktiviti lain termasuklah derma darah pada Sabtu dan Ahad pada jam 10 pagi hingga 3.00 petang.

Sehubungan itu, jangan lepaskan peluang untuk kunjungi ekspo ini yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 9.00 malam dan rebut tawaran hebat yang disediakan.

Advertisement