Anda di sini

Pemandu bebas tuduhan cuba membunuh

Advertisement
 Bujet (tengah) diiringi anggota polis sedang mendengar penjelasan Rakhbir (kanan).
PENJELASAN: Bujet (tengah) diiringi anggota polis sedang mendengar penjelasan Rakhbir (kanan).

KOTA KINABALU: Seorang pemandu lori dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan cuba membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim melepaskan dan membebaskan Bujet Anak Otek, 68, yang mana semalam untuk keputusan kes pada peringkat akhir pendakwaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, atas tuduhan cuba membunuh kanak-kanak terbabit.

Kesalahan itu dilakukan pada 25 Oktober 2017 jam 2.30 petang di sebuah rumah, Kampung Lubok, Kiulu daerah Tuaran.

Jika sabit salah, hukuman penjara selama tempoh 20 tahun.

Namun, mahkamah memerintahkan tertuduh membela dirinya atas tuduhan menyebabkan kematian abang mangsa Juvinrey Sabado, 15, pada hari dan di tempat yang sama.

Keputusan itu dibuat setelah mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie kes mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara selama tempoh 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Sepanjang pendengaran kes pada peringkat pendakwaan, seramai 19 saksi dipanggil untuk memberikan keterangan.  

Tertuduh yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan, diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes selesai.

Peguam Dato'Sri Rakhbir Singh mewakili tertuduh dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Megat Mahathir Megat Tharih Affendi.
 

  • oleh
  • Advertisement