Anda di sini

Pemain remaja Sarawak dipilih ke kejohanan kriket di China

Advertisement
 Aairen (berdiri empat kanan) bersama Samsyul dan atlet kriket negara.
MEMBANGGAKAN: Aairen (berdiri empat kanan) bersama Samsyul dan atlet kriket negara.

KUCHING: Pemain kriket remaja Sarawak Aairen Alam Chew Chun Kit telah dipilih untuk mewakili negara pada Pertandingan T20 Kriket Lelaki Bawah 16 Tahun The Belt And Road China yang akan diadakan di wilayah Shandong, China dari 25 hingga 29 Oktober ini.

Ia kali kedua pelajar berusia 15 tahun SMK Seri Setia mewakili negara di mana turut mewakili Malaysia pada Kejohanan Asian Cricket Council Eastern Region diadakan di Chiengmai pada April tahun ini di mana Malaysia menduduki tempat kedua di belakang Nepal.

Negara-negara yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Arab Saudi, Hong Kong, Thailand dan China.

Atlet lain dalam skuad negara antaranya Muhd Haziq Aiman, Amirul Asraf, Muhd Syaqir, Lokman Nur Hakim, Muhd Rifqi Iman, Wan Ahmad Asyraf, Siddarth Karthik, Muhd Ashraf, Sachinu Hettige, Jinendra, Rishabh Sukrit, Hayshvvan dan Wan Muhd Azam.

Mereka dilatih oleh Muazzam manakala Samsyul Hisyam bertindak selaku Pengurus Pasukan dan Bawani sebagai Fisioterapi.

“Saya berasa sangat gembira kerana dipilih untuk mewakili negara buat kali kedua dan saya berusaha memberikan yang terbaik untuk Malaysia.

“Pencapaian terbaik kita adalah dengan menduduki tempat kedua pada Kejohanan Kejohanan Asian Cricket Council Eastern Region. Walaupun tewas kepada Nepal, namun kami tetap gembira dengan pencapaian tersebut,” ujar Aairen sambil menambah skuad negara akan dibimbing Thusora Kdikara kali ini.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kriket Sarawak (SCA), Awang Mahyan Awang Mohamed berkata persatuan menzahirkan rasa bangga dengan pemilihan Aairen dalam skuad negara.

Beliau berharap pemilihan atlet muda itu akan mendorong lebih ramai golongan belia untuk menceburi sukan kriket.

Sementara itu, Ketua Jurulatih SCA Parmuka Sidesh Liyanage berkata pemilihan Aairen merupakan satu penghormatan kepada persatuan itu.

“Asalnya tiga atlet Sarawak dipanggil untuk pemilihan namun hanya Aairen yang dipilih kerana dua lagi atlet masih baru.

“Ketiga-tiga mereka merupakan atlet program pembangunan SCA,” katanya.

Advertisement