Anda di sini

Wanita didenda gara-gara sembunyikan wang orang lain

Advertisement

MIRI: Seorang wanita didenda RM2,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan dengan curang membantu menyembunyikan wang milik seorang lelaki menerusi akaun banknya.

Emielia Nabila Hamsan, 20, dari Taman Intan Batu Kikir, Negeri Sembilan telah didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan curang telah membantu menyembunyikan harta iaitu wang RM1,500 milik Hajimi Kassim, 27, menerusi akaun banknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.18 pagi, 3 Disember 2018 di sebuah bank di Pusat Komersil Boulevard di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Md. Syafique Md. Hilmie.

Advertisement