Anda di sini

Pemandu lori bebas tuduhan memandu melulu sebabkan kematian

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang pemandu lori berasa lega setelah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

Majistret Lovely Nastasha Charles melepaskan dan membebaskan Kasno Sani, 31, atas dakwaan berkenaan tanpa dipanggil membela diri.

Penghakiman itu dibuat setelah mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

Kasno didakwa memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian dua wanita berusia 17 dan 55 tahun dan seorang lelaki berusia 54 tahun, ketiga-tiganya warganegara Brunei.

Kesalahan itu dilakukan pada 1 November 2017 jam 1.50 petang di KM14 Jalan Papar, Beaufort-Papar.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, penjara selama tempoh 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding kes pada peringkat pendakwaan berjalan, seramai lapan saksi dipanggil untuk memberikan keterangan.

Peguam Nelson Anggang mewakili tertuduh.

  • oleh
  • Advertisement