Anda di sini

Peratusan masyarakat Malaysia aktif bersukan masih rendah

Advertisement
 Dr Teo melempar bola bagi merasmikan pertandingan petanque sempena Bulan Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri 2019 di pekarangan Stadium Tertutup Miri semalam, kelihatan sama Dr Ting (lima kanan) dan yang lain.
SIMBOLIK: Dr Teo melempar bola bagi merasmikan pertandingan petanque sempena Bulan Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri 2019 di pekarangan Stadium Tertutup Miri semalam, kelihatan sama Dr Ting (lima kanan) dan yang lain.

MIRI: Peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding 50 hingga 60 peratus di negara maju.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan masyarakat.

“Sukan bukan hanya pencarian jaguh dunia tetapi penting dalam membentuk masyarakat yang lebih sihat.

“Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalang masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri 2019 di pekarangan Stadium Tertutup Miri semalam.

Bulan Sukan Negara anjuran Kementerian Belia dan Sukan Bahagian Miri kali ini akan berjalan sepanjang Oktober, justeru orang awam digalakkan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan pihak penganjur.

“Saya berharap aktiviti sukan dapat diteruskan bukan hanya bulan ini namun pada masa akan datang untuk kepentingan kesihatan kita,” kata Teo.

Sambutan Bulan Sukan Negara merupakan platform terbaik untuk menerapkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat selain mengeratkan perpaduan rakyat.

Beliau percaya matlamat itu dapat dicapai dengan adanya sokongan dan penglibatan menyeluruh daripada pelbagai lapisan masyarakat, sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu seramai 20 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan gusti lengan manakala dalam pertandingan petanque 27 peserta terlibat.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri Roley Lagir.

  • oleh
  • Advertisement