Anda di sini

Ulama Nigeria didakwa kendali ‘pusat tahanan haram’

Advertisement

KANO: Polis di utara Nige-ria kelmarin telah mendakwa seorang ulama kerana mengendalikan sebuah “pusat tahanan haram” selepas beberapa pemuda diselamatkan dari sebuah sekolah asrama di mana mereka telah diseksa dan dirantai.

Pemuda tersebut dibebaskan dalam satu serbuan oleh polis bersenjata pada Selasa lepas di bandar utara Katsina.

Ia adalah operasi ketiga bagi membebaskan pelajar lelaki yang telah didera di sekolah asrama dalam tempoh kurang dari sebulan dan memberikan tumpuan kepada institusi Islam yang tidak dikawal selia oleh pihak berkuasa di utara negara.

Salisu Hamisu, yang turut dikenali dengan nama Malam Niga, telah didakwa di depan seorang hakim di Katsina bersama dua pembantu bagi peranan mereka di sekolah asrama itu.

Ia telah dibuka selama 15 tahun dan turut berkhidmat sebagai sebuah pusat pemulihan tidak rasmi bagi masalah ketagihan dadah.

Jurucakap polis daerah Katsina, Gambo Isa memberitahu AFP bahawa ulama tersebut “telah didakwa mengendalikan sebuah pusat tahanan haram di mana se-seorang itu dikurung secara paksa, dirantai dan didera.”

Jumlah sebenar pemuda yang ditahan di sekolah ber-kenaan masih belum jelas.

Sekolah lain di pekan Daura, 70 kilometer jauhnya, telah diserbu oleh polis pada Isnin lepas, membebaskan lebih 300 pelajar yang mendakwa mereka telah dirantai, diseksa dan didera secara seksual.

Isa menolak untuk mende-dahkan jumlah tahanan yang diselamatkan dari sekolah milik Malam Niga, namun hanya menyatakan “setakat ini ia kurang daripada mereka yang telah diselamatkan di Daura”.

Pada minggu lepas, polis di bandar Kaduna telah menyerbu sebuah bangunan bagi mencari beratus-ratus lelaki dan budak lelaki – se-gelintir  dilaporkan berusia semuda lima tahun – ditahan dalam keadaan kejam di sebuah fasiliti yang dinyatakan oleh pemilik sebagai sebuah sekolah agama dan pusat pemulihan.

Beberapa sekolah agama swasta – dikenali oleh penduduk tempatan sebagai sekolah Almajiri – telah berleluasa di sekitar  wilayah utara Nigeria yang mempunyai ramai penduduk Islam, di mana paras kemiskinan adalah tinggi dan kekura-ngan dari segi perkhidmatan kerajaan.

Kadar yang tinggi bagi salah guna dadah dan kekurangan pusat pemulihan di utara

Nigeria telah memaksa ibu bapa untuk memasukkan anak mereka di sekolah pe-mulihan yang tidak rasmi di mana mereka disasarkan untuk penderaan.

Pihak berkuasa menganggarkan terdapat lebih sembilan juta pelajar dimasukkan di institusi tersebut. — AFP

Advertisement