Anda di sini

Angka korban bangunan runtuh di Brazil cecah empat orang

Advertisement
 Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki selepas sebuah bangunan pangsapuri runtuh pada awal pagi 15 Oktober di Fortaleza, negeri Ceara, timur laut Brazil. — Gambar Thiago Gadelha/Diario do Nordeste/AFP
MUJUR SELAMAT: Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki selepas sebuah bangunan pangsapuri runtuh pada awal pagi 15 Oktober di Fortaleza, negeri Ceara, timur laut Brazil. — Gambar Thiago Gadelha/Diario do Nordeste/AFP

RIO DE JANEIRO: Angka kematian dalam kejadian bangunan runtuh di Brazil telah meningkat kepada empat orang, kata pihak berkuasa kelmarin, namun jumlah tersebut mungkin akan meningkat ketika anggota penyelamat mencari enam lagi yang dilaporkan hilang.

Laporan awal menyata-kan sembilan orang telah dikeluarkan hidup-hidup dari runtuhan bangunan pangsapuri setinggi tujuh tingkat di bandar timur laut Fortaleza selepas ia meletup kelmarin.

Di kalangan mereka yang diselamatkan adalah pelajar kejuruteraan David Sampaio, yang  dikesan selepas menghantar satu swafoto kepada kumpulan bualan WhatsApp menunjukkan dirinya tersenyum dan meng-angkat ibu jarinya ketika terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Ia masih belum jelas apa yang menyebabkan bangunan itu tiba-tiba runtuh. Namun  menara tersebut telah dibina secara haram, lapor laman berita G1 sebelum itu, memetik pegawai majlis bandar raya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, jabatan pertahanan awam wilayah Ceara menyatakan empat kematian telah direkodkan setakat ini.

G1 kemudian melaporkan mayat kelima telah dikeluarkan dari bawah runtuhan. — AFP

Advertisement