Anda di sini

Wanita ditahan dalam kes curi kereta mewah

Advertisement
 Kereta yang disyaki dicuri oleh wanita tersebut.
DIRAMPAS: Kereta yang disyaki dicuri oleh wanita tersebut.

SIBU: Seorang wanita telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi sebuah kereta mewah di sini, petang kelmarin.

Suspek telah ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah ((JSJ) IPD Sibu di tapak tanah perkuburan di Jalan Quarry sekitar jam 2.00 petang.

Semasa tangkapan dilaksanakan, suspek wanita berusia 37 tahun itu enggan memberi kerjasama sehingga polis terpaksa menggunakan kekerasan munasabah.

Polis turut merampas dua kereta termasuk yang digunakan suspek, sebuah beg, dua utas jam tangan, sebuah telefon bimbit dan kunci dua kereta tersebut.

Suspek bersama barang kes dibawa ke Balai Polis Sentral untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Suspek yang merupakan seorang penganggur kemudian diarah reman selama empat hari sehingga 21 Oktober oleh Mahkamah Sibu pagi semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi untuk pengesahan berkata, kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Advertisement