Anda di sini

Seramai 200 peserta meriah program Bulan Sukan Negara

Advertisement
 Peserta program senamrobik sempena Bulan Sukan Negara Peringkat Kem Temudok, Sri Aman kelmarin.
SENAMROBIK: Peserta program senamrobik sempena Bulan Sukan Negara Peringkat Kem Temudok, Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN: Seramai 200 peserta melibatkan tiga kelas Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyertai program Bulan Sukan Negara (BSN) Peringkat Kem Temudok di Dewan PGA, Kem Temudok di sini kelmarin.

Peserta terlibat kelas tabika KEMAS Temudok A, B dan C, murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Temudok dan Anggota Polis Gerakan Am (PGA) Kem Temudok.

Jurucakap penganjur berkata, program gabungan bersama Kelas Tabika KEMAS, SK Temudok dan Anggota PGA itu adalah sempena BSN Peringkat Bahagian Sri Aman.

Selain memeriahkan sambutan BSN program senamrobik itu mampu meningkatkan kesedaran anggota PGA, warga SK Temudok dan kanak-kanak tabika pentingnya aktiviti bersukan.

“Dalam penyertaan semua aktiviti bersukan seperti ini secara tidak langsung mampu melahirkan golongan masyarakat sihat serta cergas dari setiap aspek,” katanya.

Menurutnya, selain meningkatkan kesihatan program ini juga mampu memupuk semangat perpaduan semua peserta.

Program senamrobik diketuai jurutunjuk senamrobik terkenal  Bahagian Sri Aman, Abdullah Suhaili.

Advertisement