Anda di sini

Empat maut, kereta bertembung dengan lori

Advertisement
 Beginilah keadaan kereta sedan dan lori yang bertembung, menyebabkan empat maut.
NGERI: Beginilah keadaan kereta sedan dan lori yang bertembung, menyebabkan empat maut.

SANDAKAN: Empat maut selepas kereta dinaiki bertembung sebuah lori di Jalan Hutan Simpan dekat Simpang Beluran-Telupid, petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Penguasa Bomba,  Andree Andrew berkata Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 jam 1.43 petang berhubung kejadian itu.

Beliau berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran digerakkan untuk respon ke tempat kejadian menggunakan sebuah jentera, diketuai PBK II Rosemidian @ Rosdi Majid bersama sembilan anggota.

Anddre berkata kemalangan melibatkan pertembungan sebuah lori dan sebuah kereta sedan. Terdapat lima mangsa terlibat dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata seorang mangsa, iaitu pemandu lori tiga tan dalam keadaan selamat, manakala empat mangsa dalam kereta sedan tersepit dan dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Beliau berkata kesemua mangsa dalam kereta berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat jam 2.36 petang.

Beliau berkata maklumat kesemua mangsa terlibat termasuk yang maut belum diperolehi.
 

  • oleh
  • Advertisement